fb fb fb fb fb

Perdana Menteri terima sambutan rasmi di Istana Kepresidanan, Hanoi

HANOI, 21 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima sambutan rasmi di Istana Kepresidanan sempena lawatan ke Vietnam selama 2 hari.

Ketibaan beliau disambut rakan sejawatan, Pham Minh Chinh.

Sejurus tiba, Datuk Seri Ismail Sabri dibawa ke pentas utama dan lagu kebangsaan kedua negara; ‘Negaraku’ dan ‘Tien Quan Ca’ berkumandang.

Beliau yang diiringi oleh Pham kemudiannya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan.

Selepas sambutan rasmi ini, kedua pemimpin dan delegasi mengadakan pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Hanoi yang telah memasuki tahun ke 49 tahun ini.

Petang ini, Perdana Menteri dijangka akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.


(Datuk Seri Ismail Sabri dibawa ke pentas utama diiringi Pham Minh Chinh)

Media Baharu