fb fb fb fb fb

KPM hadkan penggunaan dua buku latihan sahaja bagi setiap mata pelajaran

(FOTO BERNAMA)

IPOH, 21 Mac- Kementerian Pendidikan akan mengehadkan penggunaan dua buku latihan bagi setiap mata pelajaran.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Kanannya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ia antara solusi yang digunakan kementerian bagi mengatasi isu beg sekolah berat dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut beliau berkata KPM juga akan melakukan semakan kurikulum sekolah rendah bagi mengurangkan bilangan mata pelajaran dan isi kandungan bagi setiap mata pelajaran.

"Sebab itu apabila kita umumkan tempoh hari, kita tetapkan kepada dua maknanya untuk setiap mata pelajaran murid perlu beli dua sahaja.Ia lebih daripada mencukupi."

"Pendekatan kita adalah untuk mengurangkan bukan saja berat tetapi juga mengurangkan tekanan kepada ibu bapa kita hadkan kepada dua sahaja. Dah selesai dah habis, boleh lah beli buku yang selebihnya," kata Radzi Jidin kepada media selepas meninjau hari pertama pembukaan semula sekolah di SK Syed Idrus, Ulu Kuang, di sini.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika ditemui media di SK Syed Idrus, Ulu Kuang, Ipoh hari ini)

Di Perak, seramai 210,148 pelajar sekolah rendah dan menengah hadir untuk hari pertama pembukaan semula sekolah.

Media Baharu