fb fb fb fb fb

KPM bakal laksana ketetapan atasi masalah beg berat

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang diperoleh, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Justeru, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan beberapa ketetapan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Jelas Timbalan Menteri I, Datuk Dr Mah Hang Soon, antara yang akan dilaksanakan ialah penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan termasuk buku aktiviti dan buku kerja, serta pelaksanaan buku teks digital.

"Pendekatan PdP, guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.

"Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan baju seragam agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA," kata Dr Mah.

Sebelum ini, pihak kementerian telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat.

Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, pihak kementerian telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan seperti mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018.

Namun, perkara tersebut masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

Datuk Dr Mah Hang Soon menjawab pertanyaan ahli parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.


(Datuk Dr Mah Hang Soon menjawab pertanyaan ahli parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari)

Media Baharu