fb fb fb fb fb

Perdana Menteri hadir World Government Summit 2022 di Dubai

DUBAI, 30 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri World Government Summit 2022 atau Persidangan Kerajaan Dunia yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersempena Ekspo 2020 Dubai.

(Perdana Menteri menghadiri World Government Summit 2022)

Persidangan yang mengangkat tema 'Shaping Future Governments', atau Membentuk Kerajaan Masa Hadapan, dihadiri Perdana Menteri UAE yang juga pemerintah Dubai, Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Persidangan terbesar itu telah menghimpunkan ketua-ketua negara, serta pakar-pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Pada persidangan dua hari yang bermula pada 29 Mac, pelbagai isu telah diketengahkan termasuk isu-isu global, ekonomi dan pentadbiran menerusi lebih 100 sesi yang diadakan.

Menerusi persidangan ini, ketua-ketua dunia dapat membincangkan kerjasama masa hadapan bagi mendepani cabaran luar jangka seperti pandemik COVID-19.

Media Baharu