fb fb fb fb fb

Media berperanan pantau untuk imbangi kuasa dalam masyarakat

JOHOR BAHRU, 31 Mac - Media dikenali sebagai kuasa keempat, selepas badan eksekutif, legislatif dan badan kehakiman, yang memainkan peranan semak dan imbang, dengan memantau secara kritikal untuk mengimbangi kuasa dalam masyarakat.

Media juga menjadi perantara antara pihak berkuasa dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat sahih dan bermanfaat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Tan Sri Azam baki berkata, aliran maklumat yang sahih dan membina ialah teras masyarakat dan negara berintegriti, maju dan berkembang.

(Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam baki )

"Sebenarnya, membanteras rasuah adalah tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat berdaulat. Ia bukan sahaja peranan atau tugasan sesebuah agensi kerajaaan", katanya semasa berucap di Makan Malam SPRM bersama Kelab Media Johor, di sini.

"Ini kerana ia berhubung dengan integriti, maruah dan jati diri kita. Ia juga tuntutan agama. Walau apa agama, tidak pernah mengajar kita membiarkan rasuah berlaku.

Tambahnya, maklumat disampaikan media arus perdana kepada masyarakat memainkan peranan besar dalam usaha membanteras rasuah.

Media Baharu