fb fb fb fb fb

Perdana Menteri gembira dengan pembentangan Bajet 2023

(Datuk Seri Ismail Sabri (kiri) bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan
buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 selepas pembentangan
Bajet 2023 di Parlimen/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi reaksi gembira dengan pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata Bajet 2023 bersesuaian dengan tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' yang memberi tumpuan kepada semua kumpulan tertentu iaitu kepada rakyat, komuniti perniagaan dalam matlamat memulihkan ekonomi negara.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab soalan ketika ditemui pemberita
selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen/BERNAMA)

"Seperti kumpulan B40 dan selama ini ramai yang menganggap kumpulan M40 ditinggalkan di dalam bajet, tahun ini diperjelaskan banyak perkara-perkara yang melibatkan M40 juga begitu juga dengan kumpulan belia, wanita bukan sahaja dari segi menjaga kebajikan mereka", katanya.

"Tapi dari segi perniagaan dan sebagainya begitu juga dengan komuniti perniagaan juga terutamanya dari segi PMKS dan sebagainya program untuk industri bagi memulihkan ekonomi yang kita tahu tahun depan mungkin agak ada ketidaktentuan dari segi ekonomi," kata Ismail Sabri yang ditemui secara eksklusif oleh RTM selepas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, di sini.

Media Baharu