fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Menyeluruh, memperkukuh pemulihan ekonomi Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Ahli Parlimen yang ditemui menyimpulkan Bajet 2023 bersifat menyeluruh bagi memperkukuh pemulihan ekonomi Keluarga Malaysia.

Bagaimanapun, aspek pelaksanaan perlu diberi perhatian bagi memastikan agihan dapat direalisasikan secara menyeluruh.

"Dengan pelbagai inisiatif ini kalau diurus denan baik boleh sampai kepada kaum sasar supaya kawalan kewangan ini betul-betul sampai kepada golongan sasar jangan ada ketirisan dan perlu ada displin kewangan yang tinggi," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai kepada RTM.


(Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari)

"sudah pasti dalam hal ini ketelusan dan 'good governan' dilaksanakan bagi memastikan peruntukan yang diberikan dapat disampaikan tanpa mengambil kira latar belakang politik," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

"Kita perlu tengok kumpulan rentan yang paling memerlukan bantuan bukan sahaja yang di bawah skim bantuan PPR dan perlu melihat apakah bantuan-bantuan ini dapat membantu sebaik yang mungkin," menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika ditemui RTM di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang juga Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib menyifatkan bajet yang dibentangkan cukup menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

"Ia telah mencakupi seluruh lapisan masyarakat luar bandar dan pinggir bandar dan kita berterima kasih kerana telah meluluskan sejumlah RM5.409 bilion bagi kita menyediakan projek perumahan kepada golongan seluruh rakyat", katanya.

Media Baharu