fb fb fb fb fb

Impak positif keselamatan, pertahanan tingkatkan keamanan, kesiapsiagaan anggota pertahanan

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Peningkatan peruntukan Bajet 2023 dalam aspek keselamatan dan pertahanan kepada RM35.7 bilion dilihat bakal memberi impak positif dalam meningkatkan keamanan serta kesiapsiagaan anggota pertahanan negara.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata ia adalah langkah proaktif dalam membolehkan kementerian terlibat meneruskan pelaksanaan inisiatif dan projek-projek sedia ada.

"Ini semua menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk menjaga keselamatan negara kita dari ancaman anasir-anasir daripada luar dan juga yang berlegar dalam negara kita.


(Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek)

"Ini tidak kurang juga kalau kita lihat di persisiran pantai kita kerana bajet untuk maritim juga dibuat penambahan dan penambahbaikan. kita lihat ATM, PDRM, APMM akan lebih mantap dengan penambahan bajet ini.

"Mereka boleh gunakan kepakaran mereka untuk memilih aset-set yang mereka rasakan lebih relevan dan terkini demi menjamin kesejahteraan keselamatan negara," kata Dr Abdul Halim kepada RTM.

Kerajaan turut menjaga kebajikan golongan pesara dengan pemberian 50 peratus diskaun pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana kepada 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.

Selain turut memberi perhatian kepada aspek kebajikan anggota dengan memperuntukkan bajet bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan kuarters kediaman PDRM.

Media Baharu