fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Menambahbaik inisiatif mengurangkan bebanan rakyat

MELAKA, 8 Oktober- Langkah kerajaan meneruskan dan menambahbaik inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Bajet 2023 mendapat respon positif rakyat.

Ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan mereka.

Selain itu, penambahan peruntukan untuk bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar serta peruntukan bagi membasmi miskin tegar turut disambut baik rakyat.

"Saya rasakan satu penghargaan khususnya Bajet 2023 yang dibentangkan khususnya tentang satu skim baru tentang keluarga yang berpendapatan RM2,500.00 ke bawah dan mempunyai tanggungan anak lima orang dan mereka layak untuk mendapat RM2,500.00 bantuan kebajikan masyarakat dan ini saya yakin dan percaya akan dapat membantu meringankan beban di kalangan mereka yang berkenaan”, kata Azman Md Yasin yang ditemu bual RTM,

“Bajet 2023 ini bagi pendapat saya sebenarnya sangat bagus sebab adalah satu inisiatif baru yang diperkenalkan kepada rakyat terutama sekali Bantuan Keluarga Malaysia," kata Puan Nur Sabrina Jamaludin.

“Alhamdulillah kita ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang ada memandangkan bajet yang telah dinaikkan di atas keperluan rakyat yang mana rakyat sekarang tersepit dengan keadaan, jadi kita ucapkan ribuan terima kasih kerana menaikkan, kata orang BKM kepada yang bergaji di bawah RM2,500.00 dan untuk menampung kehidupan mereka setiap hari,” kata Mohd Tamin Wahid.

“Tapi saya nampak dekat situ memang baik, mereka punya pembahagian, mereka punya peruntukan, tapi hendak sampai kalau sampai itu kita hargailah semua itu daripada bajet yang dibentangkan untuk 2023 ini akan datang,” kata seorang lagi orang ramai yang ditemui, Kamarulzaman Hj Abd Rahman.


(Foto hiasan)

 

 

Media Baharu