fb fb fb fb fb

Inisiatif MY50, MyWIRA bukti kerajaan prihatin kebajikan, kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali pengangkutan awam mengalu-alukan pengumuman belanjawan yang dibentangkan dan menyokong penuh Bajet 2023.

Menerusi bajet yang dibentangkan, kerajaan memperuntukkan bajet bagi inisiatif pas bulanan My50 bagi pengguna pengangkutan awam yang akan memberikan manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.

Inisiatif My50 merupakan sebuah pas perjalanan tanpa had bernilai RM50.00 sebulan untuk penggunaan perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang.

Pihak Prasarana juga menyokong penuh inisiatif memberi diskaun 50 peratus di bawah program MyWIRA kepada pemegang kad veteran Angkatan Tentera Malaysia dan kad pesara Polis DiRaja Malaysia.

Inisiatif-inisiatif tersebut adalah bukti bahawa kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

Selain itu, ia juga selari dengan hala tuju agenda pengangkutan mesra rakyat dengan memberi kemudahan dan juga memartabatkan pengangkutan awam.


(Inisiatif My50, MyWIRA bukti kerajaan prihatin kebajikan, kesejahteraan rakyat)

Media Baharu