ALOR SETAR, 4 Jun- Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu lori yang membawa muatan dolomite melebihi had yang dibenarkan mengundang padah selepas kenderaan tersebut ditunda ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.
Bahagian Penguat Kuasa JPJ Negeri Kedah dalam kenyatan berkata pemandu dan pengusaha lori tersebut enggan memberi kerjasama semasa pemeriksaan dijalankan, malah pemandu bertindak mematikan enjin lori bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.
"Pihak JPJ tetap meneruskan tindakan dan menunda lori terbabit untuk ditimbang. Hasil pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan berlebihan sebanyak 112.71 peratus daripada had yang dibenarkan", menurut kenyataan itu.
JPJ menegaskan bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menghalang tugas penguatkuasaan.