fb fb fb fb fb

Insentif pembiayaan PMKS rancakkan ekonomi perniagaan, ringankan beban peniaga

IPOH, 8 Oktober- Pemberian insentif dan kemudahan pembiayaan yang pelbagai kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dilihat sebagai satu langkah yang baik.

Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak, Zahari Abd Murad berkata, ia sekali gus dapat merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan meringankan beban peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


(Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak
Zahari Abd Murad)

"Peniaga peniaga ini pun sudah dipecahkan kepada semua kategori, belia , wanita, wanita pun banyak juga peruntukan diberi, kepada semua penjaja untuk memajukan perniagaan masing masing. Jadi, kita amat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi satu bajet yang besar juga untuk peluang bantuan, pinjaman, geran dan sebagainya. kepada agensi agensi berkenaan untuk penjaja penjaja kita meneruskan perniagaan mereka," kata Zahari kepada RTM.

Menerusi bajet 2023, sejumlah RM45 bilion diperuntukkan bagi program Semarak Niaga dengan RM1.7 bilion daripadanya, tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

"Jadi saya rasa perkara ini dapat membantu dengan kesan-kesan sebelum ni daripada COVID-19 yang banyakkan ramai peniaga peniaga yang terduduk lah. Jadi saya harap dengan bantuan bantuan yang diberikan ini dapat membantu membangunkan kembali peniaga peniaga yang telah jatuh itu, kita bagunkan balik," kata Peniaga Khairul Ahmad.

"Pertama sekali saya rasa bersyukurlah bila pembentangan bajet pada kali ini sangat sangat besar. Pertama sekali sangat besar, dan banyak peluang peluang yang diberi kepada peniaga peniaga cuma saya suka satu lah, bila kita dah dapat bantuan yang banyak macam ini, jadi kena gunakan peluang yang ada, pasal peluang yang ada ini tidak datang selalu. sekali sekala datang," kata Peniaga Haji Sahlan Haji Rahmat

"Sebenarnya peruntukan untuk wanita memang perlu diadakan special untuk wanita sebab untuk kami sendiri kami nak wanita itu menjadi wanita digital. Untuk mempromosikan produk dan wanita ini perlu bangkit untuk menjana ekonomi", kata seorang lagi peniaga yang ditemui, Noriah Yahya.

Media Baharu