fb fb fb fb fb

Bajet 2023: RM200 juta diperuntuk bagi pemulihan sektor pelancongan

SEREMBAN, 8 Oktober- Usaha memperkukuh pemulihan sektor pelancongan, sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.

Kerajaan turut menyasarkan ketibaan lebih daripada 15 juta pelancong asing dengan nilai pendapatan berjumlah RM47.6 billion.


(Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Profesor Datuk Dr. Mustaffa Mohd Hanefah)

Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Dr Mustaffa Mohd Hanefah berkata, peruntukan untuk sektor pelancongan bakal memberi pulangan yang memberasangkan kerana dengan peruntukan tersebut, pemain industri dalam sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan dengan lebih efisyen.

"Bila ada pelancong datang ke Malaysia, mereka bukan sahaja datang duduk dan sebagainya kerana sektor pelancongan termasuk juga hotel, restoran, makanan dan juga tempat tempat yang sesuai.

"Mereka melancong di mana ada pantai atau pun di mana yang ada tempat tempat menariknya dan sebagainya itu akan menjadi tempat tumpuan oleh pelancong dan ini juga maknanya akan digandakan tidak semestinya RM47.6 billion tetapi saya nampak mungkin akan lebih daripada itulah sebab impaknya adalah seluas-luasnya," kata Dr Mustaffa ketika ditemui pada Diskusi Bajet 2023 di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.

Media Baharu