PETALING JAYA, 1 Jun - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norasikin berkenaan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ke 19 di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhamad dan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon.
Pada majlis itu Baginda turut berkenaan menyaksikan penyampian pengiktirafan oleh The Malaysia Book Of Record kepada PJ Eco Recycling Plaza sebagai pusat kelestarian alam sekitar pertama pihak berkuasa tempatan.
Lebih istimewa baginda turut mengambil bahagian dalam 'booth preloved item' iaitu program membeli sambil menderma, dengan mempersembahkan koleksi peribadinya.
Tengku Permaisuri juga berkenan melawat reruai yang disediakan antaranya pameran kucing dan tapak Car Boot Sale @KD.
Majlis ini menandakan bermulanya penganjuran 31 program yang dirancang sempena memperingati ulang tahun pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya pada 2006.