fb fb fb fb fb

Bajet 2023, pengiktirafan kepentingan sektor kesihatan negara- Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Peruntukan Bajet 2023 merupakan satu pengiktirafan kepada sektor kesihatan negara selari dengan aspirasi kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan sebanyak RM3.729 billion adalah satu pelaburan yang amat diperlukan bagi memastikan rakyat mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

"Bajet 2023 juga menyaksikan perkhidmatan kesihatan diperkukuhkan dengan RM34 juta diperuntukkan bagi tujuan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) untuk mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental", katanya menerusi satu kenyataan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

"Kementerian Kesihatan turut bersyukur kerana beberapa permohonan baharu kepada kerajaan telah diluluskan dalam Bajet 2023 iaitu bayaran RM500 secara sekali bayar (one-off) di bawah Skim Cahayamata Keluarga Malaysia untuk ibu dalam kalangan B40 yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Kementerian Kesihatan juga sangat mengalu-alukan komitmen kerajaan meningkatkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti dalam pengumuman Bajet 2023.

Khairy Jamaluddin dalam kenyataan medianya, turut memaklumkan Bajet 2023 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan aspek kesihatan dititikberatkan di dalam hampir semua dasar merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Media Baharu