(Foto fail)
KUCHING, 8 Oktober- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 bermula Januari 2023 yang kekal dibawa ke tahun seterusnya, membawa berita gembira kepada penjawat awam.
Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak, Jubilee Jineh berkata tambahan gaji tahunan itu amat membantu mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup.
"Walaupun kita tidak dapat bonus setengah bulan gaji diminta Cuepacs tapi kita bersyukurlah untuk bantuan perayaan”, kata Jubilee kepada RTM di sini.
Kerajaan turut menfokuskan keperluan penjawat awam dengan memberi subsidi RM100 bagi perlindungan insurans atau takaful isi rumah bernilai RM20,000 sebagai usaha meringankan beban peminjam yang terkesan dengan bencana.
(Jubilee berkata KGT tambahan khas bantu kurangkan kesan kenaikan kos sara hidup)