fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Peruntukan besar bantu naik taraf perkhidmatan kesihatan negara

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Peruntukan besar sebanyak RM36.1 bilion yang diumumkan bagi Kementerian Kesihatan dalam pembentangan Bajet 2023 sangat dialu-alukan.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kebangsaan, Datuk Dr.Jkannan Raman yakin, peruntukan itu dapat membantu menaik taraf perkhidmatan kesihatan negara yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

"Banyak klinik di seluruh Malaysia ini, kebanyakannya sudah berusia lebih 30, 40 tahun dan juga banyak kekurangan peralatan yang tak begitu canggih. Tapi dengan adanya bajet ni saya amat gembira sebab bajet ini boleh meningkatkan lagi fasiliti kesihatan.

"Memandangkan situasi sekarang dengan kesihatan mental, kemurungan itu tinggi. Jadi dengan adanya bajet ini boleh membanyakkan lagi aktiviti kesihatan," kata Dr. Jkannan kepada RTM.

Tambah beliau, inisiatif kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan MySalam turut memberi manfaat kepada warga emas selaras unjuran Jabatan Perangkaan, bahawa Malaysia menjadi negara menua menjelang 2050.

(Datuk Dr.Jkannan Peruntukan besar bantu naik taraf perkhidmatan kesihatan negara)

Media Baharu