SIMPANG AMPAT, 18 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk Program Walkabout di Bazar Ramadan Bandar Tasek Mutiara kira-kira pukul 6.15 petang.
Ketibaan Perdana Menteri diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Turut serta Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun Goh Choon Aik dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.
Menerusi program tersebut, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung kira-kira 20 minit yang menempatkan 110 gerai.
Selesai program tersebut, beliau bergerak ke Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara yang merupakan destinasi terakhir program bersama Perdana Menteri di Pulau Pinang.