fb fb fb fb fb

Pengangkutan khas buat mahasiswa anak Melaka pulang beraya

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 18 Mac - Kerajaan Melaka akan menyediakan pengangkutan khas kepada mahasiswa anak Melaka yang belajar di seluruh Semenanjung untuk pulang ke negeri ini sempena Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan mereka pulang beraya di kampung masing-masing.

“Maklumat lanjut dan pihak yang akan menguruskan pengangkutan ini, kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka Bagi Mac 2025 di sini hari ini.

Ab Rauf berkata selain pengangkutan khas itu, kerajaan negeri akan memberikan parkir percuma melibatkan semua kawasan petak pentadbiran pihak berkuasa tempatan bermula 1 hingga 7 Syawal.

"Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Melaka dalam menyambut Aidilfitri," katanya.

Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam menghadiri majlis perhimpunan itu bersama-sama kepimpinan negeri. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF