SEREMBAN, 19 Februari - Perbincangan mengenai pilihan raya di enam negeri akan dibuat minggu depan.
Pertemuan melibatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri terlibat iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perbincangan itu bagi membolehkan pilihan raya dilaksanakan serentak.
Pandangan pemimpin setiap negeri akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menerusi taklimat sujurus selepas selesai perbincangan tersebut.
"Perbincangan akan diadakan minggu hadapan bersama semua MB, taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kita maklumkan pandangan negeri supaya pilihan raya dapat dijalankan serentak di enam negeri tersebut," kata Aminuddin di sini.
(Aminuddin (kiri) bercakap kepada media selepas
merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan, di sini)
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan bercadang bermesyuarat dengan Pengerusi Barisan Nasional Negeri bagi membincangkan pembahagian kerusi.
Hasil perbincangan akan dikemuka kepada jawatankuasa rundingan Majlis Presiden Pakatan Harapan.