fb fb fb fb fb

Peratusan wanita sebagai ahli lembaga pengarah meningkat - Nancy

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Statistik wanita di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam mencapai 38.8 peratus, setakat Disember 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merangkumi 56 peratus daripada 27 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Manakala peratusan wanita sebagai ahli lembaga Pengarah di 100 syarikat tersenarai awam teratas turut mencatat peningkatan.

"Terdapat peningkatan ketara yang ditunjukkan. Sebagai perbandingan, statistik pada tahun 2016 menunjukkan hanya 14 peratus Syarikat Senaraian Awam (PLC) melepasi sasaran ini. Manakala berdasarkan laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertarikh 1 April 2023, bilangan ini telah meningkat kepada 29.7 peratus iaitu hanya sekurang-kurangnya dua kerusi untuk mencapai sasaran 30 peratus ini," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu