fb fb fb fb fb

Peratusan saringan kesihatan percuma PeKa B40 perlu ditingkatkan -Khairy

BATU PAHAT, 19 Februari - Lebih banyak program turun padang perlu diadakan bagi meningkatkan kadar peratusan mereka yang layak sebagai penerima Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) melakukan saringan kesihatan percuma.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata usaha itu perlu dilakukan kerana ketika ini hanya kira-kira 561,000 sahaja daripada 4.9 juta penerima yang layak telah mendapatkan manfaat daripada program berkenaan.

"Antara faktor peratusan rendah tersebut disebabkan kebanyakan penerima berada di luar bandar serta tiada kemudahan pengangkutan untuk ke klinik yang menawarkan skim PeKa B40.

“Saya risau sebab jumlah yang layak sangat besar tapi yang mendapatkan Skim PeKa sangat rendah, ini percuma bukan kita minta bayar, semua ini ditanggung kerajaan walaupun dibuat di klinik swasta tetapi ditanggung kerajaan.Ini semua contoh kerjasama awam swasta,"katanya selepas mengadakan lawatan kerja di sebuah klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di sini.

Tambahnya, seramai 47,448 penerima daripada 523,000 yang layak bagi skim tersebut telah disaring dimana seramai 12,950 telah dikenal pasti mempunyai masalah kesihatan.

Media Baharu