fb fb fb fb fb

Peratusan COVID-19 meningkat kepada 29.5% - KKM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- 22,413 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 dari 17 Disember hingga semalam.

Angka itu meningkat 29.5% berbanding 17,307 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan jumlah kes kematian akibat COVID-19, berkurangan 23.1% daripada 26 kes kepada 20 kes.

"Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME50/2023 berbanding ME49/2023 iaitu pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5% dan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat kepada 3.6%."

"Bagi vaksin COVID-19, pada 22 Disember 2023, hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang menerima dos penggalak kedua. Secara kumulatif sehingga 22 Disember 2023, hanya 16,347,130 penduduk Malaysia (50.1%) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828,86 penduduk Malaysia (2.5%) telah menerima dos penggalak kedua," jelas kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi COVID-19 serta mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

Orang ramai dinasihat mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM