fb fb fb fb fb

KPDN Terengganu rekod 186,450 kompaun pelbagai kesalahan, setakat 21 Disember

Foto FB KPDN

KUALA TERENGGANU, 23 Disember- 186,450 kompaun pelbagai kesalahan berjaya direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu bermula Januari hingga 21 Disember lalu.

Ia melibatkan 50,651 pemeriksaan di hampir 3,000 premis seluruh Terengganu.

Pengarah KPDN Terengganu, Shaharuddin Mohd Kia berkata 571 kes dikesan dengan rampasan bernilai RM1.92 juta.

Mengikut rekod paling banyak dikesan adalah kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

"Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, 571 kes berjaya dihasilkan iaitu 199 di Kuala Terengganu,Kemaman (88), Dungun (102), Besut (112) dan Hulu Terengganu (70)," kata Shaharuddin kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 peringkat negeri, di sini.

Pelaksanaanya berkuat kuasa hari ini hingga 27 Disember melibatkan sembilan jenis barangan harga kawalan.

Itu termasuk daging kambing biri-biri bertulang import, tomato dan lada benggala.

117 pegawai penguat kuasa dan 58 pegawai pemantau harga ditempatkan di lokasi strategik seluruh negeri  bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaan di pasar awam, pasar basah dan pasar raya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM