fb fb fb fb fb

Peratusan banduan kembali ke penjara berjaya dikurangkan

POKOK SENA, 28 Jun- Peratusan banduan  yang kembali semula ke penjara di Kedah  berjaya dikurangkan daripada 35% kepada 10%, hasil  program yang dilaksanakan bawah perkhidmatan komuniti.

Pengarah Penjara Negeri Kedah, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata program itu yang meliputi parol dan program reintegrasi penghuni menunjukkan perkembangan positif dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu.
 
Hasil inisiatif itu jelas menunjukkan tahap penerimaan positif masyarakat terhadap golongan banduan untuk meneruskan kehidupan selepas diberi peluang kedua.

"Kami masih lagi berusaha dan berterima kasih kepada media uar-uarkan perkara ini kepada masyarakat bahawa yang keluar dari penjara ini dalah insan yang berguna sebenarnya.

"Kita sudah bagi peluang kedua kepada mereka ini dikatakan masyarakat Madani pada hari ini perkara yang lebih ke arah lebih positif," kata Abdul Kadir dalam sidang media selepas menyaksikan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) bersempena Aidiladha di Penjara Pokok Sena di sini.
 
Sehingga bulan ini, seramai 19 OBB Penjara Pokok Sena daripada keseluruhan 21 OBB di Kedah dibebaskan menerusi PBSL.

Kesemua OBB melepasi syarat yang ditetapkan Jabatan Penjara selain telah mendapat persetujuan keluarga dan majikan untuk menerima kepulangan mereka.
 
Mereka merupakan banduan yang menjalani hukuman penjara dalam tempoh singkat iaitu bawah setahun.

PBSL membolehkan banduan menghabiskan baki hukuman di luar penjara, mendekatkan diri dengan keluarga dan masyarakat.

(Abdul Kadir Jailani berkata peratusan banduan kembali ke penjara berjaya dikurangkan)
 

Media Baharu