fb fb fb fb fb

Peranti perubatan tidak berdaftar dirampas

BATU PAHAT, 13 Jun - Pelbagai peranti perubatan yang tidak berdaftar dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis, di sini.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.00 pagi, melibatkan 14 penguat kuasa yang diketuai Rafiq Husaini Roslan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seorang lelaki tempatan berumur 40an merupakan pemilik premis bersama-sama lima pekerja turut berada di lokasi dan memberi kerjasama penuh ketika serbuan dibuat. 

"Antara peranti yang telah dirampas kit ujian kehamilan, lanset darah, pelitup muka dan kit pertolongan cemas. Kita sebenarnya telah melakukan risikan selama enam bulan. Sepanjang risikan itu kita dapati bahawa syarikat ini telah menjual peranti-peranti ini ke farmasi dan klinik," kata Rafiq, di sini.

Anggaran nilai rampasan berjumlah kira-kira RM300,000.

(FOTO HIASAN)

Syarikat tersebut didapati telah melakukan kesalahan mengikut seksyen 5(1) Akta Peranti Perubatan (Akta 737) mengimport, mengeksport atau meletakkan peranti perubatan di dalam pasaran sebelum didaftarkan dengan bawah Akta 737. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 

Media Baharu