KOTA BHARU, 26 Februari- Susulan serangan Rusia ke atas Ukarine baru-baru ini, bekalan makanan dalam negara tidak terjejas.
Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, peperangan diantara kedua-dua negara terbabit tidak memberi kesan secara langsung kepada bekalan makanan negara kerana kedua-dua negara tersebut bukan negara utama import makanan termasuk asas pertanian ke Malaysia.
Katanya, Malaysia banyak bergantung kepada negara seperti China dan Thailand dari segi import makanan serta asas pertanian.
Tambahnya, pihak MAFI juga telah memperkenalkan Pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) bagi meningkatkan hasil padi negara sekaligus mencukupi bekalan makanan dalam negara.
"Insya-Allah kita mampu mengeluarkan keselamatan makanan (food security) mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, pengeluar kita harini Alhamdullilah meningkat banyak meningkat," kata Dr Nik Muhammad Zawawi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kursus galakan pelaburan dan pemasaran tanaman durian di RTC FAMA Kelantan, Kota Bharu.