KUCHING, 26 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kuching untuk lawatan kerja sehari bersempena perasmian Malam Gala Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung di Tebingan Kuching malam ini.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4.40 petang disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
Majlis perasmian Citrawarna, yang julung kali diadakan di Sarawak dilaksanakan dengan kehadiran terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib hadir menyerikan program berkenaan.
Perdana Menteri dijangka pulang ke Kuala Lumpur malam ini juga.