fb fb fb fb fb

Perang Rusia-Ukraine, pertempuran di hampir seluruh wilayah

FOTO AFP

KIEV, 25 Februari- Pasukan polis Ukraine mendakwa Rusia sudah melancarkan 203 serangan, dengan pertempuran berlaku di hampir semua wilayahnya.

Pasukan keselamatan sempadan mendakwa, tentera Ukraine sedang bertempur dengan Rusia di timur bandar Sumy.

Kementerian Pertahanan Ukraine juga berkata, terdapat anggota tentera Rusia ditahan sepanjang pertempuran.

Sementara itu, di Moscow, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa pihaknya berjaya memusnahkan 74 fasiliti darat tentera Ukraine termasuk 11 kawasan pesawat berlepas.

Media Baharu