KUALA LUMPUR, 25 Februari- 11 warga Malaysia yang berada di Ukraine sedang dibawa keluar dari negara Eropah tersebut susulan pelancaran operasi ketenteraan Rusia.
Perkara berkenaan disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun sosial rasmi beliau, sebagai mengulas perkembangan terkini di negara tersebut.
Ia sebagai reaksi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika acara lawatan rasmi di Kemboja berhubung nasib baki warga Malaysia di Ukraine.
Terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Kiev dengan 12 orang daripada mereka sudah dalam perjalanan pulang ke tanah air.