(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 8 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memberi ruang kepada wanita dalam peluang kerjaya dan kenaikan pangkat selepas ini.
Anwar berkata beliau mahukan perubahan yang memaparkan kemajuan nyata dalam meningkatkan peranan wanita.
"Saya mahu semua GLC, GLIC mengambil perhatian.
"Semua pelantikan baharu dalam GLC, GLIC, peluang-peluang kenaikan pangkat.
"Saya mahu sesuatu perubahan dan semestinya mereka yang layak dipilih agar peranan wanita dapat ditingkatkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023.
Jelas Anwar, berdasarkan laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, peratusan wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat sektor swasta hanya 29 peratus sehingga 31 Disember 2022.
Sektor kerajaan pula menyaksikan peratusan wanita di peringkat pembuat keputusan menunjukkan kemajuan, walaupun terdapat ruang untuk diperbaiki.
(Foto BERNAMA)