
KUCHING. 7 Mac – Media mempunyai peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, kata Ketua Pengarah Penyiaran. Ashwad Ismail.
- Media perlu memastikan maklumat tepat dan sahih dalam landskap global yang semakin kompleks dan rencam.
- Perkembangan geopolitik antarabangsa, termasuk konflik, memberi kesan kepada negara; Malaysia mesti memperkukuh kekuatan dalaman.
- RTM sebagai jentera komunikasi menerangkan dasar kerajaan, mendekati masyarakat bagi penyampaian maklumat lebih inklusif dan menyeluruh.
Ujar beliau, perkara tersebut penting dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan sahih khususnya dalam landskap global yang semakin kompleks dan rencam.
Katanya, perkembangan geopolitik dunia termasuk konflik di Asia Barat serta dinamika di pentas diplomasi antarabangsa memberi kesan secara kepada negara.
“Dalam keadaan ini, perkara paling penting ialah kita memperkukuh kekuatan dalaman Malaysia.
“Dalam konteks tersebut, hubungan antara media, kerajaan dan rakyat perlu terus diperkasakan kerana media berada di tengah-tengah sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat,” katanya demikian ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia bersempena Jelajah Ramadan Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang , di sini hari ini.
Tambah beliau, RTM juga memainkan peranan sebagai jentera komunikasi yang membantu menerangkan pelbagai inisiatif serta dasar kerajaan kepada rakyat secara tepat dan berkesan.
Justeru beliau menegaskan RTM akan terus berada di lapangan dan mendekati masyarakat bagi memastikan penyampaian maklumat lebih inklusif dan menyeluruh.
Program Jelajah Ramadan Edisi ke-14 RTM Zon Sarawak di Sibu merupakan lokasi terakhir bagi siri jelajah kali ini yang bermula di Johor.