fb fb fb fb fb

Peranan KRT penting jadi mata, telinga pihak berkuasa elak berlaku jenayah

SUNGAI PETANI, 1 Mei - Kementerian Perpaduan Negara berharap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa dalam usaha memastikan kawasan kejiranan sentiasa selamat daripada kejadian jenayah.

Timbalannya, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, oleh itu kira-kira 3,000 KRT di seluruh di negara perlu bersedia bagi mengelakkan rumah yang ditinggal daripada dipecah masuk.

"Kementerian telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM6,000 kepada setiap KRT yang aktif bagi melaksanakan pelbagai aktiviti terutama kawalan keselamatan di kawasan masing-masing.

"Antara peranan utama KRT sepanjang cuti perayaan ini adalah melakukan rondaan khususnya di kawasan perumahan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor yang penduduknya ramai pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya.

(FOTO fail)

Ketika ini KRT mempunyai kira-kira 50, 000 ahli berdaftar di seluruh negara.

Media Baharu