fb fb fb fb fb

Peranan ketua masyarakat Cina penting dalam menjadikan Johor negeri maju

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Semua ketua masyarakat Cina di Johor diharap dapat bersama-sama berusaha menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata jawatan itu merupakan amanah daripada rakyat.

Sebagai ketua masyarakat Cina, mereka juga menjadi ejen penghubung antara rakyat dengan kerajaan negeri, terutama dalam menyelesaikan isu-isu rakyat.

"Apabila isu-isu asas ni dapat diselesaikan ia memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur datang ke Johor. Apabila kita tunjuk keseriusan negeri Johor untuk maju untuk baiki keadaan, sudah ada keyakinan pelabur-pelabur sama ada dalam negeri atau luar negeri," kata Onn Hafiz semasa menyampaikan amanat di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini.

Seramai 120 ketua masyarakat Cina menerima watikah pelantikan.

Proses pemilihan melalui beberapa peringkat termasuk temu duga bagi memastikan mereka yang dilantik benar-benar berkerja untuk rakyat dengan mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah diadukan.

(Datuk Onn Hafiz (tengah) dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (dua kiri) pada Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina)

Media Baharu