fb fb fb fb fb

Peralihan subsidi pukal kepada bersasar untuk tarif elektrik - Nik Nazmi

PUTRAJAYA, 19 Januari- Kerajaan akan memulakan peralihan subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar untuk tarif elektrik.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peralihan itu melibatkan pengurangan subsidi bagi pengguna voltan sederhana, tinggi dan bukan domestik.

Susulan perkara itu, NRECC turut menerima pelbagai reaksi daripada pihak industri.

"Kita juga maklum bila kita bertemu dengan industri mereka faham bahawa perkara itu akan berlaku juga nanti.

"Cuma mereka memberi pandangan tentang tempoh masa diberikan, kita akan ambil kira perkara tersebut tetapi dengan kekangan kewangan yang ada di peringkat kerajaan hari ini seperti mana diungkapkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, kita tidak boleh lari.

"Bila kita bercakap tentang 'sustainability', kita tidak boleh terus memberi subsidi yang 'blanket' dalam sektor elektrik," katanya.

(Nik Nazmi Nik Ahmad)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Tahun Baharu NRECC, di sini hari ini.

Pada 13 Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna domestik, perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta aktiviti pertanian dalam tarif H.

Media Baharu