fb fb fb fb fb

Peralihan sistem pendigitalan, selesai masalah pekerja asing

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Peralihan sistem sedia ke arah pendigitalan, mampu menyelesaikan permasalahan berkaitan pengambilan pekerja asing.

Pakar Geostrategis dan Felo Kanan, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata kaedah itu mampu meminimumkan atau menghapuskan penggunaan ejen mahupun orang tengah yang mengaut keuntungan berlebihan.

"Proses pengambilan pekerja Indonesia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri menggunakan proses digital adalah, strategi tersirat atau pun halus untuk meminiumkan atau menghapuskan penggunaan ejen, yang dikatakan mengaut keuntungan yang berlebihan dan kita tahu wujud kartel kartel ejen ini yang mengaut keuntungan,"kata Dr Azmi di sini.

Tambahnya, dengan pelaksanaan sistem pendigitalan ini dapat memudahkan kedua-dua pihak menyelaras beberapa aspek termasuk dokumen dan bayaran, sekali gus mengelakkan penganiayaan oleh majikan .

"Jadi dalam proses pendigitalan ini adalah amat penting sekali dan sepatutnya disokong oleh semua pihak majikan di Malaysia pihak di Indonesia dan juga agensi-agensi berkaitan yang akan menguruskan pengambilan pekerja di antara Malaysia dan Indonesia," katanya.


(Dr Azmi ketika ditemubual secara maya)

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan permasalahan pengambilan pekerja Indonesia akan diselesaikan dengan perubahan ke arah sistem pendigitalan bagi mengelakkan pembayaran harga yang terlalu tinggi kepada ejen.

Penyelesaian permasalahan tersebut akan dimuktamadkan apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo berkunjung ke Malaysia pertengahan tahun ini.

Media Baharu