fb fb fb fb fb

PAU 2023: 77 agensi media berkampung di PWTC bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Sebanyak 77 agensi media cetak dan elektronik tempatan serta antarabangsa memulakan tugas secara rasmi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang bermula hari ini sehingga 14 Januari.

Ia membabitkan 58 agensi tempatan dan 19 agensi antarabangsa dengan penglibatan 603 petugas media yang berdaftar untuk membuat liputan perhimpunan itu.

Beberapa penambahbaikan Laman Media dilakukan bagi menyediakan suasana kerja yang kondusif buat petugas media.

Ia meliputi ruang kerja lebih selesa dan luas, selain penyediaan bilik sidang media, surau dan ruang makan setempat.

(Datuk Seri Ahmad Maslan bergambar selepas merasmikan Laman Media sempena PAU 2023 di sini)

Perasmian Laman Media disempurnakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Media Baharu