fb fb fb fb fb

Peralihan ke IR 4.0 tidak ketepikan pekerja manual perkhidmatan kurier

(FOTO BERNAMA)

PETALING JAYA, 30 Mei - Peranan pekerja manual tidak akan diketepikan dengan peralihan industri perkhidmatan kurier ke arah Revolusi Industri 4.0.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ketika negara menuju ke arah transformasi digital dan maklumat, kemudahan ini akan membantu meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti, kualiti perkhidmatan serta membolehkan pembelajaran dan pembangunan kemahiran baharu untuk pekerja.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Walaupun hab pengisihan automatik akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja manual, namun ini tidak bermakna akan terdapat kelemahan dalam pekerjaan pengendali hab, sebaliknya pekerja kurier akan mempelajari kemahiran baharu untuk memberi tumpuan kepada tugas yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi,” katanya dalam ucapan perasmian Hab Auto GDex di ibu pejabat GDex, di sini.

Tambah Fahmi, GDex kini turut memberi lebih tumpuan dalam penyelesaian keselamatan siber dengan menggaji 230 orang dalam Teknologi dan Maklumat (IT) untuk melindungi data pelanggan mereka.

"Ini adalah bidang yang tidak semestinya dikaitkan dengan logistik, tetapi ia adalah kebimbangan yang semakin meningkat dan saya berharap industri lain akan mengikutinya," katanya.

Media Baharu