KUALA LUMPUR, 30 Mei-Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang meneliti laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang menunggu laporan berkenaan perkara itu, daripada Kementerian terbabit.
"Laporan itu sudah sampai ke Kementerian kewangan dan saya akan ambil tindakan sewajarnya.
"Laporan itu sudah dibawa. Kementerian Sumber Manusia (KSM) sudah ambil dan telah diangkat. Saya cuma tunggu laporan", katanya selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.
Tambah beliau, sebarang cadangan bagi mewujudkan akta khas untuk melindungi kebajikan pelajar pelatih, akan diteliti.
Beliau menjawab pertanyaan media berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi , jabatan kerajaan serta syarikat swasta tidak dibayar elaun.
(Perdana Menteri, Datuk seri Anwar ibrahim/FOTO RTM)