fb fb fb fb fb

Peralihan industri maritim kepada perkapalan hijau perlu lebih banyak insentif

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Insentif Skim Pembiayaan Maritim dan Logistik bernilai RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2023, langkah awal terbaik meningkatkan pertumbuhan industri maritim negara.

Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA) bersyukur dengan peruntukan yang diberi kepada industri maritim.

Bagaimanapun berpendapat masih banyak usaha perlu dilakukan bagi mempercepat peralihan industri itu kepada perkapalan hijau yang begitu penting bagi pembangunan mampan negara.

Ketika pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan komitmen kerajaan terhadap teknologi hijau.

Ini termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau yang ditingkatkan nilai jaminannya kepada RM3 bilion hingga 2025 selain memperluas skop pembiayaan dengan meliputi sektor kenderaan elektrik menerusi had jaminan 60%.

(Foto hiasan)

Media Baharu