fb fb fb fb fb

Op Global: Polis buka kertas siasatan kes ugut Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 September - Polis membuka kertas siasatan berhubung mesej ugutan diterima Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkait dengan kes GISB Holdings (GISBH).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berdasarkan siasatan awal, Datuk Dr Mohd Asri menerima mesej daripada nombor tidak dikenali kira-kira pukul 8.56 pagi pada 21 September lepas.

"Ada satu kertas siasatan berkenaan berlakunya mengugut atau mendatangkan ketakutan kepada Datuk Mufti Perlis. Kita buka di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan." katanya.

Tan Sri Razarudin berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

Setakat ini, sebanyak 35 kertas siasatan dibuka ke atas semua tangkapan menerusi Op Global.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; serta Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Selain itu, Seksyen 506 Kanun Keseksaan; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 298 Kanun Keseksaan; serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Trainee