fb fb fb fb fb

FTA antara Malaysia dan GCC berada di peringkat akhir

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi

NEW YORK, 24 September - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berada di peringkat akhir untuk dimeterai.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, perjanjian itu akan ditandatangani sebelum hujung tahun ini.

"Kerjasama Malaysia dengan negara teluk ini amat penting dan kita mempunyai hubungan dagang dan menerima pelaburan yang banyak daripada negara-negara teluk. Jadi kita tidak boleh melepaskan peluang berkaitan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara teluk ini. Begitu juga hubungan blok dengan blok, multilateralisme negara ASEAN dengan GCC, kita sedang memutuskan di peringkat akhir untuk memuktamadkan." katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas pertemuan dua hala bersama Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi di luar Sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Datuk Seri Mohamad turut memaklumkan Jasem Mohamed Albudaiwi akan menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, tahun hadapan.

Jasem Mohamed turut menzahirkan kesediaan untuk menguruskan jemputan rasmi kepada negara-negara anggota GCC bagi menyertai Sidang Kemuncak tersebut.

Trainee