fb fb fb fb fb

Projek Tebatan Banjir HRPZ II tingkat perkhidmatan kesihatan ketika musim banjir

(Khairy menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Projek
Tebatan Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II/BERNAMA)

KOTA BHARU, 10 Oktober- Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) II, Kota Bharu, dapat meningkatkan taraf kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan kesihatan yang lebih efektif ketika musim banjir.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata projek bernilai RM8 juta itu merangkumi beberapa skop pembinaan iaitu pagar konkrit, saliran air serta kerja mekanikal dan elektrikal seperti sistem pam air dan sistem penghadang banjir.

Pelaksanaan projek mengambil masa selama 30 bulan dan siap sepenuhnya Ogos lalu dengan sejumlah 14 sistem penghadang banjir turut dibina bertujuan menghalang kemasukan air ke dalam kawasan hospital.

"Projek itu telah d luluskan selepas peristiwa tahun 2014. Banjir besar yang telah melanda negeri Kelantan telahpun mengakibatkan hospital HPRZ II ini tenggelam dan kita nak pastikan bahawa peristiwa itu tidak akan berulang," kata Khairy semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Sementara itu, Khairy berkata sebanyak 60 buah ambulans baharu dengan kos sebanyak RM24.3 juta akan ditempatkan di pelbagai fasiliti kesihatan di Kelantan.

Ia akan diagih secara berperingkat bermula tahun hadapan.
 

(Khairy(empat, kiri) menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir di Hospital
Raja Perempuan Zainab II/BERNAMA)

Media Baharu