fb fb fb fb fb

Sultan Kedah seru rakyat berpaksikan sifat terpuji Rasulullah SAW

ALOR SETAR, 10 Oktober- Umat Islam diseru menghayati sirah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dengan membudayakan sunah baginda dalam kehidupan seharian.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Al marhum Sultan Badlishah bertitah amalan sunah akan mendatangkan kelapangan dalam kehidupan kerana ia bersifat komprehensif, memiliki keseimbangan dan bersifat realiti dengan segala yang berkaitan manusia seperti keperluan dan keinginan mereka.


(Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Al marhum Sultan Badlishah)

Titah baginda lagi, bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan negeri Kedah berterusan sepanjang masa, baginda mahu seluruh umat islam di negeri itu khususnya, menghayati setiap pengajaran dan iktibar dari kehidupan rasulullah s.a.w.

Dalam titah yang sama, Tuanku Sultan Sallehuddin meminta umat Islam menjadikan rasulullah s.a.w sebagai suri teladan berpaksikan dengan sifat terpuji baginda iaitu benar, amanah, fathonah dan tabligh untuk dilaksanakan dalam menguruskan kehidupan seharian.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri Kedah Tahun 1444 Hijrah/2022 di Alor Setar.

Berangkat sama, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Sementara itu, pengasas Pondok Madrasah Takwiyatul Islamiah di Jalan Kubur Panjang, Pokok Sena, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah, 86 tahun dipilih sebagai penerima Tokoh Maulidur Rasul Peringkat negeri Kedah 1444 hijrah pada tahun ini.


(Penerima tokoh Maulidur Rasul, Tuan Guru Haji Abdullah Lebai Samah)

"Kepada allah s.w saya bersyukurlah, tokoh yang diletak pada saya ini sebenarnya tidak disangkai oleh saya sendiri, saya tak sangka dipilih sebagai tokoh pada tahun ini , ini daripada allah s.w saya sebagai tokoh ini, hakihat dari allah s.w.t maka saya tiada apa serah pada tuhan sahaja, insy-Allah," katanya kepada media selepas Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah hari ini.

Beliau menerima replika cek bernilai RM10,000, plak sijil dan hadiah sampingan yang disampaikan oleh baginda Sultan Sallehuddin.

Media Baharu