fb fb fb fb fb

Peranan semua pihak diperlukan, tingkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Peranan semua pihak dalam menjadikan kesihatan dan kesejahteraan mental sebagai keutamaan, menjadi tumpuan dalam Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022 yang disambut pada hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan usaha itu penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.

Jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, sejak tahun pertama pandemik COVID-19, kadar kemalangan kemurungan meningkat 25 peratus iaitu pertambahan 1 bilion individu yang mengalami masalah itu di peringkat global.

Manakala, Malaysia turut menunjukkan trend peningkatan permasalahan kesihatan mental
termasuk tingkah laku bunuh diri iaitu 81 peratus kes bunuh diri dengan 1,142 kes pada tahun 2021, berbanding 631 kes pada tahun 2020.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Bagi memudahkan orang awam mengakses Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial sedia ada, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menambah baik dengan mewujudkan talian 5 digit yang dikenali sebagai Talian HEAL 15555 yang akan beroperasi 21 Oktober ini," kata beliau dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Beliau menegaskan, KKM komited memberikan perkhidmatan kesihatan mental terbaik kepada Keluarga Malaysia selain akan terus perkukuh kerjasama dengan semua pihak terlibat.

Tambahnya, sebagai menyokong usaha secara bersama tersebut, dana sebanyak RM6.2 juta telah diagihkan kepada badan bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam melaksanakan advokasi kesihatan mental.

Media Baharu