fb fb fb fb fb

JKM Johor agih 1,000 kit banjir bagi persediaan awal

JOHOR BAHRU, 10 Oktober- Kira-kira 1,000 kit bantuan awal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, (JKM) negeri Johor telah dan akan dihantar ke pulau-pulau di Mersing serta perkampungan orang asli, sebagai persediaan awal menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Bantuan dalam bentuk makanan serta keperluan asas itu, mula diedarkan sejak awal bulan ini.

 
(Pengarah JKM negeri Johor, Mohamad Hapil)

Pengarah JKM negeri, Mohamad Hapil memaklumkan, sebanyak 815 daripadanya diperuntukkan ke lima pulau dan tiga perkampungan orang asli di Mersing.

Pulau-pulau tersebut ialah Pulau Sibu, Pemanggil, Aur, Pulau Tinggi dan Besar.

Manakala perkampungan orang asli melibatkan Kampung Peta, Punan dan Tewewoh.

Baki bantuan kit tersebut dijangka dihantar ke perkampungan orang asli di Segamat dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, JKM juga telah bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir, termasuk pemantauan di setiap Pusat Pemindahan Sementara.

"Kita telah aktifkan seramai 345 orang kakitangan dibantu sukarelawan dan southern volunteers, kita dibantu jika bukak pps ni melalui mesyuarat koordinasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) dan jp wanita dan Southern Volunteers," katanya.

Semua persiapan tersebut telah mula digerakkan sejak Februari tahun ini.

Media Baharu