fb fb fb fb fb

Hospital Maran bakal penuhi impian 138,000 penduduk


PAHANG, 10 Oktober- Projek Hospital Daerah Maran bernilai RM350 juta yang diluluskan pada Bajet 2023 antara indikator mengubah landskap pembangunan daerah Maran yang lebih maju dan setanding daerah lain di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib berkata, pembinaan itu antara projek mega yang dibentangkan untuk dilaksanakan tahun hadapan. Hospital Maran ini juga memenuhi impian lebih 138,000 penduduk di sini untuk menikmati status sebuah daerah yang wujud sejak 13 Mei 1981. 


(Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib ketika melawat tapak pembinaan Hospital Maran, di sini)

Menurut beliau, status projek ini menjadi tanda tanya apabila kerajaan BN tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU-14) 2018 walaupun sudah diluluskan RM200 juta bagi melaksanakan projek ini.

“Kita ada lebih kurang 138,000 penduduk dan 2024 kita jangkakan 150,000 penduduk Maran, jadi mereka tidak perlu lagi pergi ke 78 kilometer ke Kuantan untuk mendapatkan rawatan walaupun hospital bersifat hospital yang jenis penyakit berjangkit dan kemudahan lain ada pembedahan dan sebagainya. Saya di fahamkan hospital jenis ini tidak lagi di pantai timur dan kita harap jadi kenyataan," katanya.

Pembangunan tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 penduduk daerah yang telah diberi status daerah sejak 13 Mei 1981.

Tambah beliau, hospital Maran ini bakal menampung 76 katil di atas tanah seluas 20 hektar yang mengubah landskap persekitaran dan mengembangkan lagi sektor ekonomi dan sosial penduduk.


(Gambar cadangan pembangunan Hospitan Maran)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Hospital Maran di Batu 55, Maran Pahang .

Tambah beliau, dengan terbinanya hospital tersebut ia akan menjadi hospital yang terdekat bagi warga Maran berbanding hospital sedia ada iaitu Hospital Jengka dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HosHAS), Temerloh.

Dalam pada itu, lokasi hospital kira-kira dua kilometer dari perkampungan Orang Asli turut memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat berkenaan.

Menurutnya, kerja-kerja awal telah bermula.

Dalam pada itu, beliau berkata, projek lain yang merangsang ekonomi dan sosial Daerah Maran ialah Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL ).

Dalam kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataan media menjelaskan antara projek pembangunan baharu yang diluluskan dalam Bajet 2023 termasuk pembinaan Hospital Maran.

Media Baharu