IPOH, 23 Februari- Pejabat Menteri Besar Perak akan menangguhkan semua program kerajaan susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negeri dan negara ketika ini.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).
Program yang melibatkan penyampaian bantuan kecemasan, kes COVID-19 serta program-program vaksinasi bagaimanapun tetap akan diteruskan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi satu kenyataan mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus patuh kepada SOP bagi membendung penularan COVID-19.
Golongan yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak juga disaran agar segera berbuat demikian.