fb fb fb fb fb

Ketirisan pendapatan melalui rokok dan minuman keras seludup akan dikurangkan secara berfasa

GERIK, 23 Februari- Kementerian Kewangan akan memastikan ketirisan pendapatan negara khususnya melalui penyeludupan rokok haram dan minuman keras dikurangkan secara berfasa.

Timbalan menterinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, melalui pendekatan secara holistik yang diambil Multi-Agency Task Force (MATF) telah berjaya mengurangkan kadar cukai yang hilang pada tahun 2021 berbanding 2020.

"Semua kita ambil kira, bukan hanya tertumpu satu perairan atau daratan atau kaedah macam mana pendekatan yang kita buat secara holistik, kita juga ada pendidikan tentang bahayanya rokok seludup."

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja sempena Jelajah Pasca Bajet 2022 di Pengkalan Hulu, Perak.

Jelas beliau hasil inisiatif yang diambil juga mendapati nilai rampasan rokok seludup menurun dari RM74.94 juta pada 2020 kepada RM30.91 juta pada 2021.

Tambahnya, kehilangn cukai akibat penyeludupn rokok juga menurun kepada RM226.26 juta pada 2021 berbanding RM691.9 juta pada 2020.

Media Baharu