fb fb fb fb fb

Perak laksana solat hajat untuk Palestin, esok

Foto FB Menteri

IPOH, 12 Oktober- Semua masjid dan surau solat Jumaat di Perak akan melaksanakan solat hajat khusus buat rakyat Palestin, esok.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata arahan berhubung perkara itu akan dikeluarkan bagi memohon keselamatan dan perlindungan buat umat Islam di negara tersebut.

Jelas beliau, belum ada keputusan untuk melaksanakan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin, setakat ini.

"Maklum kepada semua pengerusi-pengerusi masjid seluruh negeri, untuk buat solat hajat khusus kepada Palestin selepas selesai solat Jumaat, esok.

Setakat ini, kerajaan negeri belum buat keputusan lagi untuk lakukan kutipan namun saya telah menandatangani cek sumbangan RM100,000," kata Mohd Saarani kepada pemberita pada Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 siri ke-9 di Stadium Indera Mulia, di sini.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/BERNAMA)

Sebanyak 1,121 aduan telah diselesaikan sepanjang lapan siri penganjuran program tersebut.

Pada program sama, beliau turut melancarkan Bulan Inovasi Peringkat Negeri Perak dan menyampaikan Geran Usahawan Perak (GERAK) serta Geran Pembangunan dan Peningkatan Rekabentuk Pembungkusan Produk Usahawan Perak 2023. 

 

Media Baharu